In loco parentis: Latin for "in the place of a parent" or "instead of a parent,"

Sunday, March 7, 2010

Program Mentor Mantee

Sejauh manakah program mentor mantee di sekolah dapat membantu melonjak prestasi murid dalam aspek akademik, sahsiah dan disiplin?

Dalam laporan oleh Rochester city schools district (1995) menyatakan sistem ini memerlukan satu pendekatan yang berstruktur, pendekatan yang profesional, berpenilaian dan mempunyai latihan yang berterusan. Tanpa satu latihan yang berterusan sistem mentoran ini hanya akan mati di tengah jalan tanpa menghasilkan apa-apa. Sistem mentoran yang dilakukan begini sebenarnya tidak membawa apa-apa erti melainkan hanya satu hubungan guru dan murid yang tidak ada objektif yang jelas.

Kajian ini juga mendapati bahawa seorang mentor perlu mempunyai sifat-sifat yang tertentu. Pada asasnya sifat-sifat tersebut ialah penyayang , komited dan bertanggung jawab. Gareth.L (1996) pula telah menggariskan lapan ciri mentor yang baik:

1.Mempunyai perspektif pengurusan yang baik.

2.Mengetahui dengan baik selok-belok organisasi. Mentor perlulah terdiri daripada seseorang yang tahu selok-belok tempat dia bekerja.

3.Kredibiliti. Seseorang yang mempunyai kredibiliti secara profesionaldan personal.

4.Mudah ditemui.Seseorang yang mudah ditemui terutama apabila di perlukan.

5.Kemahiran Komunikasi yang baik. Mentor juga perlu mempunyai Kemahiran komunikasi inter-personal yang baik bagi membolehkan mentor tadi menyesuaikan dengan idea, pandangan dan dpat menjaga perasaan mentee.

6.Orientasi Empower. Mampu melaksanakan sesuatu, menyumbang dengan penuh ikhlas dan merasakan dia mempunyai tanggung jawab atas setiap apa yang berlaku terhadap organisasinya.

7.Orientasi Kemajuan.Seseorang yang sentiasa berkembang maju dan mahu orang lain juga maju sepertinya.

8.Semangat Mencipta. Seseorang yang mempunyai sikap terbuka danbersedia menerima kelainan, seseorang yang merupakan penyelesai masalah yang cekap.

No comments:

Post a Comment

Followers